Saturday, April 27, 2013

Choose Our Khalifah

Assalamualaikum wbt...


Fuuuuhhhhhh....tiup skit sawang-sawang yang ada kat blog ni.  Serius lama tak update. 

Anyway entry kali ni quite serious sebab sekarang ni sedang musim PRU 13 so saya pun nak selitkanlah sikit-sikit berkenaan PRU ni.


Ni kali ke berapa pergi mengundi??



????



It's my second time and i'm so excited 

Tapi sebelum nak pergi mengundi tu kita kena lah tahu calon yang sesuai  untuk dipilih sebagai Khalifah ini bukannya main pangkah tanpa mengenal calon tersebut.  Banyak faktor yang perlu diperhalusi sebelum kita memangkah calon tersebut.  Bagi yang masih terfikir-fikir lagi calon mana atau pemimpin mana yang perlu diundi In Sha Allah akan diberi sedikit sebanyak pencerahan.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin atau Khalifah:

1.  Islam -  sebagai muslim WAJIB untuk kita mengundi calon yang beragama Islam dan memperjuangkan agama Islam
-mampu menjadi imam yang dapat membimbing kita hingga ke akhirat kelak.

2. Adil - tiada unsur pilih bulu atau cronyism kerana sesungguhnya pemimpin yang adil akan mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah.  Untuk membina sesebuah kerajaan yang adil haruslah bermula dengan pemimpinya dahulu...kannn...

3. Berilmu - pemimpin tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama islam.  mesti tahu halal dan haram, dosa pahala.  Contohnya pemimpin tersebut dari sudut peribadi kita dapat melihat dia memimpin keluarganya dengan mewajibkan isteri dan anak-anak perempuannya menutup aurat.  It's command sense jika dengan isteri sendiri payah untuk ditegur supaya menutup aurat ini kan pula untuk memimpin sebuah negara.

4. Amanah - melaksanakan tugas tanpa mencampur adukkan dengan urusan peribadi.  


Ini antara sifat atau ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin yang bakal dipilih.  Undilah dengan bijak agar pemimpin yang dipilih tersebut membimbing kita di akhirat nanti.  Yang penting jangan pilih pemimpin yang penuh dengan sifat riya' dan takhbur & suka mengungkit (sesungguhnya itu yang terjadi sekarang).  Jadi fikir dulu sebelum memangkah dan buat keputusan dengan bijak biar kita mati dapat mengucap dua kalimah syahadah...ALLAHUAKBAR!!!!

  Wassalam....

Saya selitkan juga dengan video dari Matlutfi..enjoyce





No comments:

Post a Comment