Thursday, February 14, 2013

Musim Dengue Pulak

Assalamualaikum

And Hello Peeps...
Duk asyik bersantai atas katil petang-petang dengar pulak sayup jer orang buat announcement.

Siapa itu???...


........



......



Inche pegawai kesihatan rhuphernyer...

Dia cakap nak buat semburan fogging denggi petang ni pukul 6.30pm.  Diorang buat fogging ni sebab ada kes denggi dekat perumahan kami ni.  So dah dapat report denggi terpaksalah kena buat fogging kan.

sumber: Google

Bercakap pasal fogging ni ai ada pengalaman yang berkaitan dengan fogging ni...nak kata kelakar entahlah...

Kisah ni kalau tak silap tahun 2005. time tu ai dekat Polisas 3rd sem kat sana.  masa tu ai dengan my friends dapat duduk dekat kuartes Kamsis B and Blok yang ai duduk tu kalau tak silap blok J kot.  Ai pun dah lupa.  Kiranya kami special skit sebab kalau blok lain 1 bilik 2 orang dan kongsi bilik air ramai2 tapi kami berempat dapat duduk 4 orang sahaja dan tak payah kongsi bilik air ramai-ramai.  Blok tu pulak saling berhadapan dengan blok budak lelaki.  Sebelum ni blok yang budak lelaki duduk tu blok budak perempuan tapi time tu jugaklah nak renovate blok asal budak lelaki so diorang kena pindah blok.  

Actually kitorang ni dah berangan dah nak duduk lepak gedik santai dekat beranda petang-petang sambil makan colek.  Tapi kesudahannya yang ado..


Okey berbalik cerita pasal fogging ni satu petang tu lepas jer balik dari kelas terus kami tidoq.  Penat mungkin sebab kalau tak silap sem 3 agak tight skit.  kelas pun sampai ke petang dan terdengarlah announcement yang dibuat oleh felo bertugas dan beliau bagitahu nak buat fogging petang karang dan pelajar diminta untuk keluar dari bilik.  oleh sebab kami dalam kepenatan, kami berempat buat tak endah jer notis yang diorang bagi.  letih campur mengantuk memang nampak katil ngan bantal jer lah.

So kami pun tidor lah dengan sangat lenanya..  Pastu lepas puas tidur, Mira pun bangun dan terus pergi mandi.  Lepas Mira, kami pun bergilir-gilir lah mandi.  last sekali kalau tak silap yana kot.  time yana mandi ni lah orang yang tukang sembur tu datang dekat blok.  Yana ni cepat gabra dan mulalah kalut kalau dia takut.  biasanya org yang fogging tu takkan datang sampai atas tapi hari tu boleh pulak naik sampai tingkat atas.  

kami pun apa lagi ,Yana!!!!Cepat Yana!!!!Lemas kang!!!Cepat mandi!!!
Cepat -cepat yana mandi.  kami yang duk dalam bilik ni pun takut lah.  pastu yana keluar dari bilik air terus tak tau nak buat apa.asap dah penuh kat dalam bilik ni.  nak bukak pintu utama kat bilik takut kena marah dengan tukang fogging tu. dalam keadaan terdesak tu kami pun fikir nak bukak pintu beranda.  pastu kami pun bukaklah pintu beranda yang mengadap blok lelaki.

Sebelum kami ambil keputusan nak buka pintu tu ada babak drama terjadi diantara kami semua

Nisa':  Camner ni...banyak doh asap kat dalam bilik kita ni??Boleh mati ke dop?

Nad :  Dop kot.

Yana:  Eh doh...yana pernah dengor ada orang mati sebab lemas.

Nisa':  Yana!!!!!jangan kata gitu...takut weh..dop kawen lagi ni...(sempat lagi pikir kawen kan)

Kami:  Bukak pintu beranda!

Then, pintu beranda pun kami bukak dan kami berempat pun keluarlah duk kat beranda tu.  Masa kami duk kat beranda tu...terdengar pulak orang lelaki duk menjerit  "Nyamuk besar!!!!!"
Bengong punyer budak laki!!!!nyamuk besar tu ditujukan kepada kami berempat...malu weh...nasib baik diorang tu tak kenal.  time tu pulak ai pakai baju t-shirt warna merah dan sampai ke hari ini ai dah tak pakai baju tu.

Kami pun dah serik dah duk dalam bilik time fogging.  Tapi tak perlah jadikan tu sebagai penglaman kan...sonok pulak ingat time study..hihii...

No comments:

Post a Comment