Saturday, February 23, 2013

IKLAN Jap....



tadi bosan sgt x tau nak buat aper aku surf lh tenet ni...pastu terjumper lak lagu best opick tp dia guna video iklan sunsilk...aku pn cari r balik ikln tu..ikln tu mmg sweet sgt..couple pun cantik n hencem..hehehe

skrg ni aku tgh sibuk nak abiskan novl2 yg my sis beli tu..tp majorty nyer aku dah baca...skrg ni aku tgh tggu dia beli novel baru JODOH ATAU CINTA n IMAN SURAYA....citer ni macm best jer tapi tak tau lah camner kan kene baca dulu..


Thursday, February 14, 2013

Musim Dengue Pulak

Assalamualaikum

And Hello Peeps...
Duk asyik bersantai atas katil petang-petang dengar pulak sayup jer orang buat announcement.

Siapa itu???...


........



......



Inche pegawai kesihatan rhuphernyer...

Dia cakap nak buat semburan fogging denggi petang ni pukul 6.30pm.  Diorang buat fogging ni sebab ada kes denggi dekat perumahan kami ni.  So dah dapat report denggi terpaksalah kena buat fogging kan.

sumber: Google

Bercakap pasal fogging ni ai ada pengalaman yang berkaitan dengan fogging ni...nak kata kelakar entahlah...

Kisah ni kalau tak silap tahun 2005. time tu ai dekat Polisas 3rd sem kat sana.  masa tu ai dengan my friends dapat duduk dekat kuartes Kamsis B and Blok yang ai duduk tu kalau tak silap blok J kot.  Ai pun dah lupa.  Kiranya kami special skit sebab kalau blok lain 1 bilik 2 orang dan kongsi bilik air ramai2 tapi kami berempat dapat duduk 4 orang sahaja dan tak payah kongsi bilik air ramai-ramai.  Blok tu pulak saling berhadapan dengan blok budak lelaki.  Sebelum ni blok yang budak lelaki duduk tu blok budak perempuan tapi time tu jugaklah nak renovate blok asal budak lelaki so diorang kena pindah blok.  

Actually kitorang ni dah berangan dah nak duduk lepak gedik santai dekat beranda petang-petang sambil makan colek.  Tapi kesudahannya yang ado..


Okey berbalik cerita pasal fogging ni satu petang tu lepas jer balik dari kelas terus kami tidoq.  Penat mungkin sebab kalau tak silap sem 3 agak tight skit.  kelas pun sampai ke petang dan terdengarlah announcement yang dibuat oleh felo bertugas dan beliau bagitahu nak buat fogging petang karang dan pelajar diminta untuk keluar dari bilik.  oleh sebab kami dalam kepenatan, kami berempat buat tak endah jer notis yang diorang bagi.  letih campur mengantuk memang nampak katil ngan bantal jer lah.

So kami pun tidor lah dengan sangat lenanya..  Pastu lepas puas tidur, Mira pun bangun dan terus pergi mandi.  Lepas Mira, kami pun bergilir-gilir lah mandi.  last sekali kalau tak silap yana kot.  time yana mandi ni lah orang yang tukang sembur tu datang dekat blok.  Yana ni cepat gabra dan mulalah kalut kalau dia takut.  biasanya org yang fogging tu takkan datang sampai atas tapi hari tu boleh pulak naik sampai tingkat atas.  

kami pun apa lagi ,Yana!!!!Cepat Yana!!!!Lemas kang!!!Cepat mandi!!!
Cepat -cepat yana mandi.  kami yang duk dalam bilik ni pun takut lah.  pastu yana keluar dari bilik air terus tak tau nak buat apa.asap dah penuh kat dalam bilik ni.  nak bukak pintu utama kat bilik takut kena marah dengan tukang fogging tu. dalam keadaan terdesak tu kami pun fikir nak bukak pintu beranda.  pastu kami pun bukaklah pintu beranda yang mengadap blok lelaki.

Sebelum kami ambil keputusan nak buka pintu tu ada babak drama terjadi diantara kami semua

Nisa':  Camner ni...banyak doh asap kat dalam bilik kita ni??Boleh mati ke dop?

Nad :  Dop kot.

Yana:  Eh doh...yana pernah dengor ada orang mati sebab lemas.

Nisa':  Yana!!!!!jangan kata gitu...takut weh..dop kawen lagi ni...(sempat lagi pikir kawen kan)

Kami:  Bukak pintu beranda!

Then, pintu beranda pun kami bukak dan kami berempat pun keluarlah duk kat beranda tu.  Masa kami duk kat beranda tu...terdengar pulak orang lelaki duk menjerit  "Nyamuk besar!!!!!"
Bengong punyer budak laki!!!!nyamuk besar tu ditujukan kepada kami berempat...malu weh...nasib baik diorang tu tak kenal.  time tu pulak ai pakai baju t-shirt warna merah dan sampai ke hari ini ai dah tak pakai baju tu.

Kami pun dah serik dah duk dalam bilik time fogging.  Tapi tak perlah jadikan tu sebagai penglaman kan...sonok pulak ingat time study..hihii...

Monday, February 4, 2013

Cerita pasal konvo

Assalamuaikum wbt...


Dah berbulan konvo hari ini baru nak cerita.....sangat lah rajin ai ni kan....bagus betul budak betuah ni kan.  Sudahlah lama tak berblog(blog lah sangat)..pastu malas pulak nak update..FB dah jarang sangat dah ai bukak.  Itu semua kerana semangat kerajinan untuk menulis ai yang dah semakin klaut.


Serious... (memang ai tak main-main)


cer tengok baby ni...serious kan....

Ai tak update atas sebab-sebab tertentu.  Okei berbalik pasal konvo ni secara official pada 13 Oktober 2012 ,Saturday evening ai telah berjaya menggenggam ISMPendidikan di Universiti Putra Malaysia.  Selama 4 tahun bertungkus lumus mengejar bas, berjalan kaki, mengendong segala jenis pembaris jahitan, panjat bukit nak pergi tanam jagung...pendek kata macam-macam lah.

And finally i gotta wear the jubah convo.

And.............



Taraaaa......


muka sangatlah berminyak...boleh buat goreng telur kat situ...adoyai...

Ai cerita dari awal erk..actually ai dengan my friends datang awl before convo.  Maybe 3 days before the ceremony.  And we had to attend the rehearsal.  Alah kalau tak pergi pun tak per jer...sistem diorang ni okey sangat so tak kan kalut lah korang kalau tak pergi pun.  But ai ni kan terlebih rajin so ai pergi lah.

Lepas habis rehearsal tu kitorang plan nak pergi KLCC or something place yang menarik and we decide nak pergi kat Ladang Ternak UPM.  Kat situ view dia agak menarik and kat situ agak famous and tempat wajib Photoshoot for pre-convo (pre convo bagai).  So menapak lah kami ke sana dengan 2 buah kereta.  Alah dekat sangat ladang ternak tu...keluar jer dari pintu kat stadium UPM tu terus jer and masuk kiri and terpacaklah kat situ Ladang Ternak.  So ai tak nak tulis banyak-banyak.  Tengok jer lah gambar ni yer...



Boleh pulak duk berkepochi di bawah pokok buluh 














Lepas ladang ternak terus ke Putrajaya





Baru perasan kena ai tak pandang camera??tengah berangan maybe


Ini kawan saya...Cik Asiah namanya





Meh kita citer pulak hari kejadian. Konvo ai kali ni yang datangnya cuma Mak ngan Ayah jer (padahal cousins and Bak pun ada jugak) adik-adik sibuk belajar and my sis pulak kerja so tak dapat lah datang kan (for my master and PhD ai akan paksa diorang datang Insya Allah).  Ayah, mak and bak datang hari jumaat malam ermm flight pukul 8.00 malam kot so untuk majlis keesokannya sempat sangat lah kan nak rehat2.  Then dalam pukul 10malam kot my cousin Kak Lang and husband datang kolej and ai pi tidoq kat rumah dorang di Putrajaya.  So ai sampai rumah dorang my parents tak sampai lagi..Pelik jugak asal lambat sangat sampai sepatutnya dah sampai.  Rupernya dorang pergi singgah dekat Saba Restaurant pergi tapau nasi arab.


Then,hari kejadian ai bertolak dari rumah dalam pukul 12 kot.  ingatkan dah awal rupanya sampai lambat.  Jalan sangatlah jammed nak masuk ke UPM tu.  Dengan hujannya tambahlah sesak.  Nasib baik pesta konvo buat dekat Bukit Ekspo.  Time convo tu haruslah ai pakai baju baru kan...(gediks giler)  Mak sampai malam tu terus ai jahit patch lace.  nasib baik sempat untuk pakai esoknya.

And the pictures my big day




My mum jumpa kawan baru.  Sonok pulak diorang bersembang.







Sebelum keluar dewan pun sempat lagi bergambar



Alhamdulillah.  Selamat sudah majlis convo and next menanti panggilan interview dari pihak KPM lah pulak.  Mudah2 cepatlah prosesnya walaupun dah bulan 2 kan.Amin.