Wednesday, September 19, 2012

Cooking Time!!

Assalamualaikum

Minggu ni ai my mum tak der kat rumah...  Hari Jumaat lepas 14 September my parents and my sisters pergi Penang because dorang attend majlis kahwin my cousin.  And hari Ahad baru balik but my mum tak terus balik.  Sambung holiday kat KL.  Actually dia pergi dengan my cousin pergi tengok cousin yang duk kat Rawang tu baru jer lepas bersalin and her daughter ada jaundice yang agak tinggi.  So my mum decide nak gi duk umah dia dalam 2-3 hari.


So, ai kena lah ambil alih tugas my mum kat umah ni...Memang jadi suri rumah sepenuh masa lah... An disebabkan kat rumah sekarang ni tengah ada renovation so pagi-pagi dalam pukul 9.30pg dah kena siapkan makan and minum untuk tukang rumah...kesian dorang kalau takder air kan

Tengahari pulak of cause lah kena masak untk family pulekkkkkk...Semalam my dad ada beli ayam tapi semalam ai dah siap masak dah so tak guna lah ayam tu..so ari ni ai pun masak lah ayam tu...


ini lah lauk yang ai sempat masak....(ayam masak kepala santan kot namanya)

Nak masak lauk ni sangat senang.  Just campak2 jer..tak cayer..nanti ai bagi resipi

Bahan A (di kisar)
Bawang besar 1 labu
bawang putih 4 ulas
Halia 1/2 inci
kunyit hidup 3/4 inci
cili padi 4-5 batang (kalau nak pedas letak lebih)
sedikit belacan

Bahan B
5-6 ketul ayam yang telah dicuci bersih
800ml santan
cili giling/kisar
2 batang serai
1 keping asam keping
bawang besar dipotong 4
garam gula secukup rasa

Langkah Penyediaan:
1. masukkan santan ke dalam kuali atau periuk
2.  masukkan asam keping, serai, ayam, cili giling, garam, gula, Bahan A ke dalam santan tersebut dengan menggunakan api yang besar.
3.  Sekali sekala kacau supaya tidak hangit.
4.  Masak hingga kuah menjadi pekat dan santan pecah minyak.
5.  Dah pekat bolehlah dihidangkan


Senangkan....memang sangat mudah..
Alright..Selamat Mencuba!!!!Assalamualaikum




Friday, September 14, 2012

Unwell

Assalamualaikum...Salam Syawal..

Fizikal yang sakit mungkin boleh diubati...tapi hati yang sakit mungkin sukar and take time, right???

sumber:google

Tuesday, July 31, 2012

Korean Fever again

Assalamualaikum..Salam ramadhan!!!!

Korean fever....emmmm....kenapa ya tiap kali ai balik kampung mesti demam ni datang???sebabnya.... because of my little sister verrrrryyyyyy obsess when talk about korean drama or variety show.  Tiap hari ada jer update pasal running man or drama-drama korean lain.  Kalau duk belek her phone dalam tu cuma ada gambar artis korea and korean song...yang lain jangan harap adalah..

Sejak-sejak balik rumah ni..ai dah start tengok korean drama lagi...bila dah start tengok ni memang tak reti nak stop dah...Bila boleh stopnya maybe when ai busy... (maybe)

Hari tu dekat KBSW duk tayang citer BIG....citer tu memang best and lain skit dari biasa..tp yang penting OST nya sangat2 bessstttt..memang tangkap jiwang kot....

Okey..kita enjoy tgk MV nie yer!!!
Adios...Wasalam.

Sunday, July 29, 2012

Farewell at Pantai Puteri Malacca

Assalamualaikum

Hai, Salam ramadhan untuk semua umat Islam...Alhamdulillah dah 9 Ramadhan dah pun hari ni kan..
So, dah seminggu jugak lah secara official nya ai tamat menjalankan praktikal.

Before kami semua berpisah, sempatlah juga organize farewell party kat Pantai Puteri Melaka.  Cuma beberapa orang rakan kami jer yang tak dapat pergi, masing-masing ada problem sendiri such as tak sihat because baru jer discharge dari hospital.  So kami faham lah and ada juga rakan kami terpaksa naik     KL untuk beli persiapan for her big day! wahhhh..teruja you!!!

Majlis tu simple jer just makan-makan and sembang-sembang and amik gambar..Yerlah kami pun bukannya selalu jumpa so time ni lah cerita yang dikumpul berbulan-bulan tu pakat duk luah kat our friends.

Masing-masing bercerita pasal pengalaman kat sekolah about the students, teachers and supervisors yang datang untuk buat observation.  Tapi yang paling banyak pasal observation lah..yer lah ada jugak kawan-kawan ai ni belum di buat observation lagi, so nak tau jugak lah kan tips untuk tambat hati lecturer..

Alright! Menu hari tu simple jer.  Just ayam bakar, bihun goreng, keropok and lastly sotong bakar...Actually sotong bakar tu last minute prepared.  Kebetulan port kami tu dekat dengan orang jual hasil laut, so ai and kak su terus jer decide nak beli sotong.  Nasib baik harga berpatutan.  Siap suruh abang yang tukang jual tu bersihkan sekali sotong tu.  Sotong tu memang segar sangat-sangat...Huuiii memang heaven lah.


sotong yang sedang di bakar...tunggu masa nak ngap jer ni



ayam and bihun dah ready!!!!





 pemandangan di pantai puteri



cantiknya matahari terbenam...Subhanallah!!!!

Saturday, July 21, 2012

Alhamdulillah...Finally

Assalamualaikum

Salam ramadhan kepada semua umat Islam.  Dah lama ai tak buat new entry...Finally setelah 4 tahun berhempas pulas, ke hulu ke hilir bawak buku, gunting, pembaris dan akhirnya 20 Julai 2012 secara tak rasminya ai telah berjaya menghabiskan sarjana muda.  Hopefully takder lah menganggur lama sangat untuk menunggu posting lepas ni.  Actually sekarang ai berada di Kuantan, Pahang on the way untuk balik ke Kuala Terengganu.

Semalam adalah hari terakhir bagi ai and my friends bergelar sebagai pelajar.  And now kami semua sedang bersiap untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

Hhari-hari terakhir di sekolah semalam banyak menyentuh hati dan perasaan.  Nasib baik dapat menahan air mata dari menitis..wahahaha( bajet macho)..tali minggu terakhir kat sekolah, my students either form 1 or form 2 semua buat perangai yang baik-baik...tak menyesakkan kepala nak pikir diorang ni.

And ai nak ucapkan a million of thanks to SMKBR staff and guru-guru yang banyak membantu sepanjang 3 bulan di sana.  Student yang banyak kerenah dan pertanyaan yang pelik2 dari kamu cikgu tak dapat lupakan.

terima kasih di atas hadiah yang diberikan...terharu you!!!!!





and lastly good luck and belajar rajin-rajin jangan hampakan harapan sekolah dan parents!!!

Thursday, July 5, 2012

Syukur

Assalamualaikum wbt.

Hye...Alhamdullillah dah nak masuk 11 minggu dah ai kat Negeri Melaka ni.  Tinggal lagi 2 weeks untuk habiskan my practicum.  Hopefully semuanya selesai dengan baik.  Actually hari ini my supervisor came.  Dia datang nak tengok cara ai and my partner mengajar.  And Alhamdulillah, syukur sangat.  Dr banyak bantu untuk bagi pengajaran yang berkesan.  My students pun sangat enjoy tadi.  And i hope the result will be okay.  My supervisor banyak bagi advice macam mana nak bagi students enjoy and fun time belajar.

Tadi juga adalah observation yang terakhir dari pihak uni.  Ai dah rasa lega dah sangat.  Dah boleh tidor sambil senyum..hihihi....

Alright..nak pegi tengok citer Waris pulak..

See uolls next time!!!Adios...Wasallam.

Saturday, June 23, 2012

My weekend

Assalamualaikum

Ari ni ai nak coret-coret sikit pasal bola.  Yer lah semua duk demam Euro.  Tapi ai tak lah sampai demam.  Just a silent fan..huhuhu (konon...)

Alright, back to topic.  Ai sebenarnya boleh dikatakan minat jugak lah tengok bola ni.  Ai start minat bola sepak time tu tahun 1998.  Masa tu sedang sibuk pasal World Cup...Time tu kan budak sekolah lagi..Ai pun tanya lah budak-budak lelaki kat kelas pasal world cup ni and diorang pun kasi tahu lah skit2..  Yer la ai pun pelik lah dengan budak lelaki dlam kelas ai time tu.  Ramai sangat yang mengantuk time belajar.  So diorang bagitahu lah rupenya duk berjaga malam sebab nak tengok bola.  Owh begitu citer nyer...patutlah tersengguk-sengguk.

Lepas dah lama ikut pasal bola ni.  Ai pun ada pasukan pilihan sendiri.  Pasukan yang ai sokong sampai sekarang ialah......jeng..jeng...jeng.....Germany!!!!!!!  Semalam sampai sanggup ai bangun nak tengok pasukan Germany main tau...Maklumlah hari ni kan tak sekolah so boleh bangun lambat skit kan...(bagus tul anak dara skarang kan)

I'm so glad germany menang.  4 -2 kot.  Nasib baik boleh kalahkan Greece.  Tapi cuak jugak time Greece smakan gol 1-1.  Tapi ai yakin yang diorang memang boleh menang punyer.

Okey! So my rutin hari ni duk kemas bilik ngan rumah.  Pastu basuh baju yang belambak....Takder lah banyak sangat just 4-5 helai jer....

Okey..chow dulu..

Wassalam....