Monday, February 4, 2013

Cerita pasal konvo

Assalamuaikum wbt...


Dah berbulan konvo hari ini baru nak cerita.....sangat lah rajin ai ni kan....bagus betul budak betuah ni kan.  Sudahlah lama tak berblog(blog lah sangat)..pastu malas pulak nak update..FB dah jarang sangat dah ai bukak.  Itu semua kerana semangat kerajinan untuk menulis ai yang dah semakin klaut.


Serious... (memang ai tak main-main)


cer tengok baby ni...serious kan....

Ai tak update atas sebab-sebab tertentu.  Okei berbalik pasal konvo ni secara official pada 13 Oktober 2012 ,Saturday evening ai telah berjaya menggenggam ISMPendidikan di Universiti Putra Malaysia.  Selama 4 tahun bertungkus lumus mengejar bas, berjalan kaki, mengendong segala jenis pembaris jahitan, panjat bukit nak pergi tanam jagung...pendek kata macam-macam lah.

And finally i gotta wear the jubah convo.

And.............



Taraaaa......


muka sangatlah berminyak...boleh buat goreng telur kat situ...adoyai...

Ai cerita dari awal erk..actually ai dengan my friends datang awl before convo.  Maybe 3 days before the ceremony.  And we had to attend the rehearsal.  Alah kalau tak pergi pun tak per jer...sistem diorang ni okey sangat so tak kan kalut lah korang kalau tak pergi pun.  But ai ni kan terlebih rajin so ai pergi lah.

Lepas habis rehearsal tu kitorang plan nak pergi KLCC or something place yang menarik and we decide nak pergi kat Ladang Ternak UPM.  Kat situ view dia agak menarik and kat situ agak famous and tempat wajib Photoshoot for pre-convo (pre convo bagai).  So menapak lah kami ke sana dengan 2 buah kereta.  Alah dekat sangat ladang ternak tu...keluar jer dari pintu kat stadium UPM tu terus jer and masuk kiri and terpacaklah kat situ Ladang Ternak.  So ai tak nak tulis banyak-banyak.  Tengok jer lah gambar ni yer...



Boleh pulak duk berkepochi di bawah pokok buluh 














Lepas ladang ternak terus ke Putrajaya





Baru perasan kena ai tak pandang camera??tengah berangan maybe


Ini kawan saya...Cik Asiah namanya





Meh kita citer pulak hari kejadian. Konvo ai kali ni yang datangnya cuma Mak ngan Ayah jer (padahal cousins and Bak pun ada jugak) adik-adik sibuk belajar and my sis pulak kerja so tak dapat lah datang kan (for my master and PhD ai akan paksa diorang datang Insya Allah).  Ayah, mak and bak datang hari jumaat malam ermm flight pukul 8.00 malam kot so untuk majlis keesokannya sempat sangat lah kan nak rehat2.  Then dalam pukul 10malam kot my cousin Kak Lang and husband datang kolej and ai pi tidoq kat rumah dorang di Putrajaya.  So ai sampai rumah dorang my parents tak sampai lagi..Pelik jugak asal lambat sangat sampai sepatutnya dah sampai.  Rupernya dorang pergi singgah dekat Saba Restaurant pergi tapau nasi arab.


Then,hari kejadian ai bertolak dari rumah dalam pukul 12 kot.  ingatkan dah awal rupanya sampai lambat.  Jalan sangatlah jammed nak masuk ke UPM tu.  Dengan hujannya tambahlah sesak.  Nasib baik pesta konvo buat dekat Bukit Ekspo.  Time convo tu haruslah ai pakai baju baru kan...(gediks giler)  Mak sampai malam tu terus ai jahit patch lace.  nasib baik sempat untuk pakai esoknya.

And the pictures my big day




My mum jumpa kawan baru.  Sonok pulak diorang bersembang.







Sebelum keluar dewan pun sempat lagi bergambar



Alhamdulillah.  Selamat sudah majlis convo and next menanti panggilan interview dari pihak KPM lah pulak.  Mudah2 cepatlah prosesnya walaupun dah bulan 2 kan.Amin.



Monday, January 7, 2013

Oooohhhhh...baru tahu.....


Assalamualaikum....

Camner nak mula erk???Ermmm...sapa kat sini suka tengok cartoon??  Angkat keyboard!!!hihi
Sebenarnya dulu ai ni memang peminat tegar cartoon (sekarang pn masih lg sebenarnya tapi malu nak mengaku..hahahahaha...*gelak jahat!!*).  Tak kira dari negara mana asal kartun jer ai duk melangut depan tb ouls...Tapi mostly anime lah yang ai suka...sebab yang pertama adalah anime dari jepun ni comel-comel kan...

Time ai kecik-kecik dulu selalu tak miss tengok Doraemon...mesti semua pernah tengok kan..Either atuk nenek onyang pun kenal jugak dengan kartun Doraemon ni kan...tapi sekarang ai dah tak tengok dah..umoq dah banyak haruslah malu tengok kartun ni lagi kannnnnn...tapi anime lain still tengok jugak.

Okey...sebenarnya hari tu.(minggu lepas kot...lupa tak ingat bila)..ai ada tengok dekat TV rancangan Tunggu Sekejap yang Awie jadik host tu..  Kebetulan ai tertekan kat TV3...then time tu awie tgh panggil guest datang kat studio..yang menariknya hari itu dia jemput para pengalih suara untuk siri anime kat Malaysia ni...

Dan....guests hari tu ramai jugaklah..yang paling ai tak sangka suara Doraemon tu milik seorang makcik tau...dan ai pun terkejut jugak yang Bagio Damasutra pun jadik tukang alih suara untuk watak Ultraman...sungguh tak perasan selama ini...hihihihi...

Tetamu untuk voice over malam tu rasanya dalam 4 orang.  Doraemon, Ultraman, Naruto dan BoboiBoy.  Selain tu ada jugak guest artis yang lain...Wan Sharmila dengan Kenchana Dewi pun ada.  Dak Wan Sharmila memang terkejut sangat bila dapat tau yang Bagio ni Ultraman..memang kelakar reaksi dia...

Sebenarnya kalau boleh ai nak tahu sapa yang jadi pengalih suara untuk watak Goku dalam Dragon Ball yer..sebab suaranya sangatlah macho...(gediksss lah pulakkkkkssssss)

Okey Jom kita layan video ni..(sumber youtube)




Sunday, December 30, 2012

Farewell 2012

Assalamualaikum.....

This is will be last entry for 2012,right....
Kalau nak disenaraikan dari awal tahun macam-macam pengalaman menarik yang ai dapat sepanjang tahun ini. And yang paling best....

Alhamdulillah i got my bacelor...for 4 years study and finally I've finished....dan bulan October hari tu...my convo day!!!!

Pengalaman mengajar dekat sekolah hampir 4 bulan juga memang sangat bermakna.  Melayan kerenah dan soalan dari students sangatlah enjoy.  Especially during relief class...kadang-kadang ai buat permainan skit-skit..pastu buat quiz...tapi kalau rasa students dalam kelas tu macam susah nak kawal jer ai ajak diorang sembang...macam-macam soalan yang ditanya dan soalan yang pelik pun ada jugak...

And i will be a memory that i can't forget..

Hopefully next year ai dapat bergelar seorang guru dan get the job....dan semoga always successful, be a good muslim and also menjadi anak yang solehah dan dapat berbakti kepada parents....
Insya Allah ...Amin.....

And...Have a great weekend!!!

Wasallam...

Monday, November 19, 2012

Experience

Assalamualaikum wbt...

First ai nak ucap lah dulu tahniah kepada adik-adik yang dapat result UPSR hari ni..dan selamat berjuang untuk my little sis yang hari ni baru nak start exam STPM...do your best dear!!

Anyway semalam my day agak worst jugak lah...sebenarnya ai dah tak berapa sihat dah 3 4 hari dah..oleh kerana tak boleh nak breath dgn baik so ai pun pergi lah ke klinik hari sabtu lepas....  Agak lama tunggu baru lah blh masuk jumpa MA.  And lepas jer dier check dia pun sahkan ai ada asthma so ai kena sedut bagi mudah nak bernafas.  Sedut tu sebenarnya kaedah jer...ai tak tau nama ubatnyer...ubat tu ditukarkan kepada bentuk gas dan ai perlu tarik nafas dan hembus ikut corong dia...simple jer...dalam 15 minit jugak lah...lepas dah sudah tu ai kena rehat dalam 10 minit and kena masuk balik jumpa MA kat dalam.  Lepas check dia kata ada lagi...so...kena sedut lagi..ai dengan berat hati pun pergilah lagi....lepas selesai semua tu better lah skit rasa...boleh lah nak bernafas okey skit...kalau tak sesak jer rasa..

Itu cerita hari sabtu...Keesokannya iaitu hari Ahad...huuiiii...dasyat yer lebih skit.  dalam pukul 1.45 tu tetiba jer susah nak bernafas...takut sangat time tu..hanya Allah sahaja yang tau...camner susah nak bernafas..nasib baik ayah balik umah time tu..dalam pukul 2pm ai pergi klinik yang terdekat dan terus pergi kat kecemasan.  rasa nak mati kot time tu...kecemasan lah ai pergi tak kan nak tunggu kan...Alhamdulillah lega bila dpt oksigen..memang mintak nyawa lah...

time ai kat emergency tu macam2 kes yang ada..mula-mula tu ada kes lelaki ni cedera kat mata.  pastu dalam pukul 2.30 pm ada parents bawak masuk anak dia yang tiba-tiba collapse and rupanya baby 1thn tu dia kena sawan..nasib baik tak teruk..

Ai ni pulak lepas jer sedut and rest around 30minit pastu kena masuk jumpa MA terus.  and MA tu check dan dia kata asthma ai ni agak teruk jugak..so dia kata ai perlu disuntik dengan sejenis ubat namanya kalau tak silap ai lah hydrocort.  ianya sejenis steroid..yang boleh membantu membuka ruang pernafasan dan salur darah dengan cepat.  lepas kena inject tu memang cepat effect dia.. Rasa mcm nak muntah kat situ jugak...ai pun mintak lah plastik ker apa ker ai nak muntah tak tahan dah...ya Allah nasib baik muntah angin jer....tapi uwek2 jugak lah...and skali lagi kena sedut jugak...redha jer lah....
time sedut ubat tu...ada jugak pening-pening..loya pastu tangan pun terketar2....tengah ai duk rest tu ada patient.  baby lagi umur 46hari...masa mak dia bawak kat emergency tu dah biru dah baby tu..punca nya tercekik susu..ya allah kesianya baby tu.....hopefully selamat lah baby tu ..tak lama pastu ambulance datang dan terus bawak pergi hospital...

pengalaman ai kat bilik kecemasan ni memang menakutkan..nasib baik lah tak lepas iv jadi nurse dulu..kalau tak memang pengsan lah..ai ni cepat sangat nervous nyer...hahahahaha

Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah dah masuk tahun baru hijrah dah pun.  And Salam  Maal Hijrah.  Insya allah tahun ni I will try to finish all the projects yang tertangguh tahun lepas.  Dan sekarang pun progress alhamdulillah..so far berjalan lancar..  And hopefully akan segalanya selesailah walaupun kadang-kadang kesihatan ni agak merosot.Sekarang kan cuaca tak menentu..kejap panas kejap hujan so ai pun kerap jugak lah batuk and got asthma attack...And now ni pun tengah sakit dada susah nak nafas...

Anyway semalam oleh kerana duk bersantai dirumah jer dah tak der kejer ai pun duk mengadap depan tV jer lah..So sempena maal hijrah ni stesen tv pun duk promote lah drama2 yang diorang nak tayang kat tv tu...And ai pun adalah tertarik nak tengok satu drama ni...drama 1st pernah menang anugerah dalam 2 thun lepas kot.  Semalam muncul lah sekuel drama ni.  Masa iklan hari tu ai dah aim dah nak tgk citer ni sebab kalau kat tv3 kisah dia macm biasa kita tengok...agak cliche jer drama melayu ni...so pukul 10 malam kat tv2 ai duk tercongok lah depan tv tunggu citer ni....tajuknya adalah Akhirnya Kisah Perempuan yang dilakonkan oleh Dira Abu Zahar, Ika Farhana, Zila Bakarin, Khatijah Tan, Izzam Shafiq. (Drama first dulu Perempuan)  Nak tahu sinopsis drama ni boleh tgk link kat bawah...

http://www.budiey.com/sinopsis-drama-akhirnya-kisah-perempuan/

Monday, November 5, 2012

New Addict

Assalamualaikum....

My new activities since ai jadi penanam anggur terhormat ni adalah duk carik cerita2 baru yang tengah tayang kat tV.  Right now ai tengah addict dengan series ONCE UPON A TIME.



series ni skarang dah masuk season 2..tp ai bru duk godek2 tengok season 1 lagi..takper lah asalkan ai paham..kan...

OUAT lain dari yang lain skit.. tu sebab ai duk melangut depan tv.  ianya ada dua dunia yang present dan jugak dunia fantasi yang penuh dengan watak ahli sihir dan jugak prince charming and princess. Ia mengisahkan pasal seorang budak lelaki yang bernama Henry ni dapat sebuah buku cerita dari pada cikgu dia kat sekolah tu dan selepas dia baca buku tu dia dapat rasakan yang ibu angkatnya yang merupakan seorang mayor adalah ahli sihir yang jahat dan telah memukau semua penduduk di kawasan tempat tinggal mereka.  lepas tu si Henry ni pun pergilah cari ibu kandung dia yang namanya Emma Swan.   Henry rasa hanya Emma yang juga anak kepada Snow White and Prince Charming sahaja yang dapat rungkaikan sihir tersebut dan mengalahkan Evil Queen tersebut.  So bermulalah perjalanan cerita ni..ai belum abis tengok lagi so ai tak boleh cerita bnyk lah kat sini kan....

Another series yang ai duk tengok ni adalah 


jeng...


jeng....


jeng......

.....



Of cause lah Vampire Diaries..and now dah season 4 dah...tak sabar nak tgk kegilaan Damon and Katherine ni...pulak tu Rebekah dah muncul semula...
\
So saksikan apa kan jadi pada Elena, Stefan and Damon

Alright....Adios....Wasalam

Saturday, October 6, 2012

WHAT????

Servant.......feeling.......should be???what????