Friday, June 1, 2012

Mood saya ok..mood anda??

Assalamualaikum

Hah amik kau...nak cerita pasal mood lah plak...
Of cause lah mood ai ok kan..lama tak balik kampung..lepas rindu lah katakan..
Sampai jer kat umah besoknya terus ai bagitau my mummy yang ai nak makan ketupat sotong..almaklumlah sekarang kan musim mencandat sotong.
Tapi setakat ni permintaan tak dapat dipenuhi lagi (aura sedih datang).  Tau tak kenapa??Mesti tak tau kan..Hari ai sampai hari tu hujan and cuaca kat KT kurang elok so harga sotong akan naik skit lah..Dah 2 3 hari cuaca kat sini kureng elok...kejap ok kejap tak..nak buat camner..My mum kat kalau time hujan sotong kurang skit coz cahaya bulan tak terang sangat...Ai pun ia kan sahaja lah...Yer lah dah my mum cakap macam tu dengar jer lah kan.

Ai tak pernah lagi ada experience mencandat sotong..best ker????  Ai ada tanya my brother ni, tak terasa nak try pergi mencandat ker...orang yang jauh duk KL, Selangor, Melaka sanggup turun KT untuk mencandat but org Terengganu sendiri pun tak pernah pergi....So my lil bro plan jugak nak try sekali camner rasa mencandat tu but tak der geng plak nak pergi skali..Yerlah, kawan dia yang lain sibuk kerja tapi dia sorang jer yang duk umah teman my mum..Actually ai pun ada rasa nak pergi jugak mencandat ni tpi ai tahu kompem parents ai tak kasi punyer... Bila tengok kat tv citer pasal mencandat sotong ni..cam best kan..kan..kan...Hopefully sangat one fine day i will go mencandat sotong....

Before that, ai nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan. Ai baru jer balik dari wedding one of my friend.  Dah selamat kahwin dah.  


Selamat Pengantin Baru again!!!!

Monday, May 28, 2012

My Country

Assalamualaikum

Sekarang ni ai dah nak balik kampung.  Maklumlah sekolah cuti 2 minggu and haruslah nak balik kampung kan.  But before that terpaksa pergi ke UPM dulu because kena uruskan pasal graduation dulu..manalah tahu kot-kot ada yang belum selesai lagi.

Ai dengan my friend naik bas nak pergi KL dari Melaka Sentral.  Kami dari rumah dalam pukul 4 and budget nak cari tiket bas dalam pukul 5 lebih or pukul 6 tapi tiket dah habis.  Kami dapat lah beli tiket pukul 7 malam. Semasa kami tunggu bas tu, macam-macam ragam yang kami tengok.

Duk tunggu bas tu membuatkan ai terfikir, negara aku ker ni?  Macam duduk kat negara lain jer..Depan tempat duduk kami tu ada couple.  Ya Allah boleh pulak buat wayang free.  Couple ni bukannya orang tempatan tapi "orang luar" dengan lebih tepat dari indon.  Bukan nak merendahkan tapi mereka sepatutnya bersyukur dan janganlah memburukkan lagi pandangan orang terhadap mereka..so persepsi ai terhadap mereka ni dah makin negatif..

Lepas tu satu lagi kejadian depan mata ai.  Duk tunggu bas kat komuter Serdang nak pergi ke Kajang.  Ramai lah manusia kat sana and ada jugalah "golongan" ini di bus stop tersebut.  Dengan selamba nya buang sampah merata-rata.  Macam tak bersalah pulak..

Camner erk nak tegur diorang erk...kalau tegur kena marah tak????

Wednesday, May 23, 2012

Inilah Hidup

Assalamualaikum wbt.

Dah lepas seminggu baru nak buat entry pasal Hari Guru.  That day perasaan lain sangat...walaupun belum official jadi teacher tapi tetap rasa seperti dihargai and macam teruja jer..

Kalau dulu kita yang meraikan guru-guru, tapi sekarang kita pula yang diraikan oleh pelajar.  Hadiah pun dapat dari pelajar..hihihi.  1st experiences ni memang tak dapat dilupakan.  Pengalaman duk menyanyi and bersajak depan pelajar huuuiiiihhh...sangat haru!!!ketaq lutut..hahaha

Nak chow dulu..adios...

Monday, May 14, 2012

My Journey

Assalamualaikum wbt...

Dah bersawang dah pun blog ni...dah lama tak bukak and update story.  Actually sekarang ni ai kat Melaka.  And sedang menjalani latihan praktikum selama 3 bulan.  Okey..ai nak citer sikit pengalaman buat praktikal ni...Sepanjang bergelar guru praktikal, sangat mencabar fizikal dan mental...Dengan kerenah pelajar yang boleh membuatkan blood pressure naik.  Tapi nak buat macam mana, yang penting bersabar..

Bila difikir balik, ini baru dugaan yang sedikit Allah bagi ujian.  Insya Allah, Allah nak bagi yang lebih baik untuk masa akan datang.

And I salute lah pada cikgu-cikgu yang dapat menjadikan pelajar menjadi betul-betul "manusia".  Sangat besar tugas guru ni.  Nampak mungkin macam mudah tetapi menjadi guru ini bukan semudah yang disangka..Guru tidak hanya mengajar tetapi mendidik pelajar untuk menjadi orang yang berguna.

So, sebelum terlewat ai nak wish Happy Teacher's Day pada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya samada di PASTI, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik, Politeknik dan juga di UPM. Jasa kalian sangat tidak ternilai.  Terima Kasih Cikgu

Friday, April 6, 2012

Bermula Fasa Baru

Assalamualaikum......

Alhamdulillah dah hampir 4 tahun belajar kat UPM ni dan semalam baru jer selesai 2 paper final exam...And tak tahu lah macam maner resultnya nanti....Hopefully and Insya allah dapat yang terbaik.Hari ni kawan-kawan pun dah ramai dah yang balik kampung. Tapi ai still lagi kat kolej..barang pun tak packing lagi.  Petang nanti my cousin nak datang amik barang dah..

Actually last week ai and my friends yg kena praktikal kat area melaka tengah dah pergi hantar barang.  And ai pun pergi sekali lah tengok rumah and hantar barang..Alhamdulillah rumah tu sangat ok dan akak tu pun ok..So next week bermulalah fasa baru hidup ni sebagai cikgu praktikum kat sekolah..sangat nervous....
Hope student and teachers kat situ ok and time observation nanti pun ok...Amin

Friday, March 23, 2012

Tengok Korean Drama jeh eh...


Assalamualaikum...sekarang ni ai tengah kebosanan..My friends semua balik kampung and pergi jalan-jalan. Ai jer duk kat kolej because semalam dengan hari ni ai ader hal skit..tapi tak per..besok ai lepas geram and aper lagi jenjalan lah..hehehe

Okey oleh kerana nak hilangkan bosan so ai duk godek-godek lah cerita yg kat dalam external ni..terjumpa lah drama yang "Abang Handsome"ni berlakon....nama dia Lee Ki Woo and ada orang cakap dia ni Muslim..ai pun tak pasti lah..ai suker tengok dia time tu dalam music video KCM...handsome kot..pastu layan plak drama Flower Boys Ramyun...sangat suker...(macam gatai jer )

(encem kan dia)


Yang ni plak nama dia Joo sang wook...macho ar dia ni...hahaha..tetiba jadi gatai...masa dia berlakon dalam My Princess huuuiiihhh...macho sieh...pastu muncul plak sebagai guest dlm Running Man sebagai Killer Agent yang berempat tuh...sngat berkarisma (ayat tak tahan).
skrg duk menanti drama terbaru dia ni..mesti best kan...

Thursday, March 22, 2012

Layan lagu jiwang jap

Assalamualaikum....

Skrg ni jiwa ai tgh kacau skit so mood duk layan lagu jiwang pun datang lah..actually lagu ni dah lama cari tau..akhirnya jumper jugak...first time dengar masa tu dalam bas on the way nak gi kelas..time tu pagi lagi..biasa lah driver bas pasang radio dalam bas kan...first time dengar tuh macam syok plak duk layan..tapi tak tahu lagi tajuk aper..biar jer lah...selang 2 hari pastu dengar lagi dalam bus jugak tp time balik kelas pulak...mood pun tgh swing...duk layan jer lagu ni..memang tangkap arh

Ai pun aper lagi mencari lah lagu ni...tanye dengan kawan-kawan sumer tak tahu..adoii..frust..tp akhirnya jumpa jugak!!!hehehe..okey lah..enjoice!!!!!selamat mendengar!!!