Monday, May 28, 2012

My Country

Assalamualaikum

Sekarang ni ai dah nak balik kampung.  Maklumlah sekolah cuti 2 minggu and haruslah nak balik kampung kan.  But before that terpaksa pergi ke UPM dulu because kena uruskan pasal graduation dulu..manalah tahu kot-kot ada yang belum selesai lagi.

Ai dengan my friend naik bas nak pergi KL dari Melaka Sentral.  Kami dari rumah dalam pukul 4 and budget nak cari tiket bas dalam pukul 5 lebih or pukul 6 tapi tiket dah habis.  Kami dapat lah beli tiket pukul 7 malam. Semasa kami tunggu bas tu, macam-macam ragam yang kami tengok.

Duk tunggu bas tu membuatkan ai terfikir, negara aku ker ni?  Macam duduk kat negara lain jer..Depan tempat duduk kami tu ada couple.  Ya Allah boleh pulak buat wayang free.  Couple ni bukannya orang tempatan tapi "orang luar" dengan lebih tepat dari indon.  Bukan nak merendahkan tapi mereka sepatutnya bersyukur dan janganlah memburukkan lagi pandangan orang terhadap mereka..so persepsi ai terhadap mereka ni dah makin negatif..

Lepas tu satu lagi kejadian depan mata ai.  Duk tunggu bas kat komuter Serdang nak pergi ke Kajang.  Ramai lah manusia kat sana and ada jugalah "golongan" ini di bus stop tersebut.  Dengan selamba nya buang sampah merata-rata.  Macam tak bersalah pulak..

Camner erk nak tegur diorang erk...kalau tegur kena marah tak????

Wednesday, May 23, 2012

Inilah Hidup

Assalamualaikum wbt.

Dah lepas seminggu baru nak buat entry pasal Hari Guru.  That day perasaan lain sangat...walaupun belum official jadi teacher tapi tetap rasa seperti dihargai and macam teruja jer..

Kalau dulu kita yang meraikan guru-guru, tapi sekarang kita pula yang diraikan oleh pelajar.  Hadiah pun dapat dari pelajar..hihihi.  1st experiences ni memang tak dapat dilupakan.  Pengalaman duk menyanyi and bersajak depan pelajar huuuiiiihhh...sangat haru!!!ketaq lutut..hahaha

Nak chow dulu..adios...

Monday, May 14, 2012

My Journey

Assalamualaikum wbt...

Dah bersawang dah pun blog ni...dah lama tak bukak and update story.  Actually sekarang ni ai kat Melaka.  And sedang menjalani latihan praktikum selama 3 bulan.  Okey..ai nak citer sikit pengalaman buat praktikal ni...Sepanjang bergelar guru praktikal, sangat mencabar fizikal dan mental...Dengan kerenah pelajar yang boleh membuatkan blood pressure naik.  Tapi nak buat macam mana, yang penting bersabar..

Bila difikir balik, ini baru dugaan yang sedikit Allah bagi ujian.  Insya Allah, Allah nak bagi yang lebih baik untuk masa akan datang.

And I salute lah pada cikgu-cikgu yang dapat menjadikan pelajar menjadi betul-betul "manusia".  Sangat besar tugas guru ni.  Nampak mungkin macam mudah tetapi menjadi guru ini bukan semudah yang disangka..Guru tidak hanya mengajar tetapi mendidik pelajar untuk menjadi orang yang berguna.

So, sebelum terlewat ai nak wish Happy Teacher's Day pada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya samada di PASTI, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik, Politeknik dan juga di UPM. Jasa kalian sangat tidak ternilai.  Terima Kasih Cikgu